Sabtu, 18 Jun 2011

ICT dalam Pendidikan: Prospek dan Cabaran dalam Pembaharuan Pedagogi

Sila layari web ini untuk membaca artikel sepenuhnya.




Sinopsis

Dalam era globalisasi yang berpaksikan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi ( dan penguasaan sistem mengajar dan belajar di bilik-bilik darjah yang mana pendekatan konstruktivisme adalah digalakkan kerana ia dapat memupuk minat serta menggalakkan pelajar lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran di samping menerapkan amalan pembelajaran sepanjang hayat. Satu kajian kuasi eksperimen telah dilakukan untuk melihat kesan pencapaian ke atas pembelajaran subjek komputer yang diajar dengan kaedah perantis (pendekatan konstruktivisme) berbanding dengan kaedah tradisional (pendekatan tingkah laku). Bagi kaedah tradisional penerangan langkah demi langkah diberikan manakala bagi kaedah perantis, guru memberikan panduan ke arah menggalak dan memudahcarakan menyelesaikan masalah iaitu membina laman web secara bekerja dalam kumpulan.Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan ke atas pencapaian pelajar yang diajar dengan dua kaedah ini. Hasil tugasan pelajar yang diajar dengan kaedah perantis adalah lebih baik dari sudut reka bentuk, susun atur, pilihan warna serta semua pautannya berfungsi. Justeru, penyelidik mengesyorkan agar perubahan dibuat dalam sistem pedagogi agar konsisten dengan teori pembelajaran konstruktivisme dan diterapkan semasa latihan perguruan lagi. Penyelidikan yang menyeluruh dan berterusan juga perlu dibuat terhadap keberkesanan pendekatan konstruktivisme agar kesan pembudayaan muda berlaku secara berkesan dan berpanjangan ICT), pembangunan pendidikan mementingkan pembudayaanICT di kalangan pelajar. Perubahan harus berlaku dalam ICT di kalangan generasi muda berlaku secara berkesan dan berpanjangan.

10 ulasan:

  1. ya saya setuju pokok pangkalnya apa jua teknik yang nak diajar perlulah ikhlas.Blog yang menarik dan bermaklumat.

    BalasPadam
  2. Betul tu.. kena ikhlas mengajar ni.. namun tetap kena seiring dengan teknologi terkini. Baru la kita tak ketinggalan..

    BalasPadam
  3. Seperti yang kita sedia maklum sistem pendidikan sekarang mementingkan teknologi. Sebagai contoh, sistem pendidikan di negara kita sekarang mementingkan pembudayaan dan penguasaan ICT di kalangan pelajar. Perubahan harus berlaku dalam sistem mengajar dan belajar di bilik-bilik darjah yang mana pendekatan konstruktivisme adalah digalakkan kerana ia dapat memupuk minat serta menggalakkan pelajar lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran di samping menerapkan amalan pembelajaran sepanjang hayat. Oleh itu, bakal-bakal guru sekarang harus celik ICT agar mereka tidak ketinggalan di samping perlu berhadapan dengan pelajar-pelajar yang celik ICT. Oleh itu, mereka perlu berusaha bersungguh-sungguh agar mereka boleh menjadi role model kepada pelajar-pelajar.

    BalasPadam
  4. gunalah pelbagai teknik pengajaran dalam ict bagi keberkesanan p&p.

    BalasPadam
  5. Guru perlu melangkah lebih jauh ke hadapan penuhi ilmu di dada untuk disalurkan kepada murid2...

    BalasPadam
  6. saya juga bersetuju dengan apa yang dinyatakan di dalam artikel yg cgu pilih ini... mmg akan nampak perbezaanya di antara pelajar belajar menggunakan ict dan belajar secara tradisional .. oleh itu cgu fikir2kan lah

    BalasPadam
  7. Artikel yang menarik. Namun anjakan paradigma guru itu sendiri yang amat penting.

    BalasPadam
  8. Guru perlu merancang dan melaksanakan strategi pengajaran dalam ICT sepenuhnya dan bijaksana supaya mencapai objektif pelajaran secara maksimum.

    BalasPadam
  9. Tahniah. Artikel yang panjang lebar membincangkan tentang penggunaan ICT dalam dunia siber ini.Marilah kita sama- sama renungkan dan buat anjakan paradigma.

    BalasPadam