Jumaat, 3 Februari 2012

Kata Kata Hikmah





• Jangan berputus asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.

• Lebih baik berusaha menyalakan lilin daripada menyumpah kepada kegelapan.

• Demi Allah yang aku berada di tanganNya,seseorang tidak beriman hingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri. ( Nabi Muhammad SAW)

• Jauhilah dengki kerana dengki memakan amal kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.

• Yang terbaik di antara kalian adalah mereka yang berakhlak paling mulia. ( Nabi Muhammad SAW)

• Allah tidak melihat bentuk rupa dan harta benda kalian,tapi Dia melihat hati dan amal kalian. ( Nabi Muhammad SAW)

• Kecintaan kepada Allah melingkupi hati,kecintaan ini membimbing hati dan bahkan merambah ke segala hal. ( Imam Al- Ghazali)

Rabu, 1 Februari 2012

Insan Dan Hubungannya Dengan Masyarakat





Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :

" Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata-kata dengan kebaikan atauj ika tidak, hendaklah dia diam sahaja. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan jirannya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamunya"

{ al-Bukhari dan Muslim }

RENUNGAN




Daripada Anas bin Malik r.a....
Nabi s.a.w bersabda:

" Sesiapa yang meninggalkan penipuan yang merupakan suatu kebatilan, nescaya dibinakan [ istana } untuknya dipersekitaran syurga, sesiapa yang meninggalkan perbalahan sedangkan ia berada di pihak yang benar, nescaya dibinakan untuknya di pertengahan syurga, sesiapa yang mengelokkan akhlaknya dibinakan untuknya di tempat yang tertinggi di dalam syurga.

[ Riwayat al-Tirmizi ]