Jumaat, 15 Julai 2011

Salam Perkenalan...




Assalamualaikum,
Buat rakan-rakan seperjuangan,
Bersyukur kepada Allah s.w.t, kerana dengan terhasilnya blog ini satu pengalaman baru sama-sama kita perolehi.
Harap semua mendapat manfaat daripada blog saya ini... 


Juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Pensyarah En. Hasnan Hassan di atas tunjuk ajar di dalam menghasilkan blog ini.


Anda boleh melayari blog saya di http://norizam8571.blogspot.com
atau menghubungi saya di alamat email berikut : norizam8571@yahoo.com
atau hubungi no telefon saya : 012-5088571


Terima kasih buat semua yang telah melayari blog saya...






10 Sikap Positif Mencapai Kejayaan


1.Lakukan yang terbaik
Apa pun pekerjaan harus dilakukan dengan baik. Anda tidak akan tahu waktu anda diperhatikan atau dinilai oleh atasan. Apabila anda terbiasa melakukan pekerjaan dengan baik dan benar, maka anda tidak akan sukar untuk menerima tanggungjawab yang lebih besar. Jangan lupa, apa pun yang anda lakukan, pasti diperhatikan oleh atasan.

2.Jangan berhenti mencari peluang
Profesional yang sukses sering mencari kesempatan untuk terus maju dan berkembang. Pasang mata, buka telinga dan tanamkan wawasan untuk berhadapan kesempatan baru. Anda tidak pernah tahu bila akan mendapatkan sesuatu yang dapat mengubah karier anda menjadi lebih cemerlang.

3.Jangan menunggu
Apabila anda menghabiskan waktu hanya untuk menunggu berlakunya keajaiban, maka anda akan menunggu dalam tempoh yang lama, malah barangkali sia-sia. Seseorang yang sukses, sering melakukan sesuatu secara baik dan tepat untuk mewujudkan keinginannya. Sebaliknya anda bergerak dan melakukan sesuatu; mencari cara yang tepat dan jangan hanya menunggu. Anda pasti menemui hasilnya dan berhak untuk mengapai impian.

4.Fikirkan boleh
Apa sahaja boleh berlaku. Anda mungkin tidak pernah bermimpikan untuk menjadi seorang pengarah. Jika demikian, maka anda memang tidak akan pernah memegang jawatan tersebut. Ingat jika anda fikir tidak boleh, maka anda tidak akan pernah boleh. Namun bila anda berfikir boleh melakukan, pasti anda boleh.

5.Kegagalan merupakan kunci kejayaan
Setiap orang pasti pernah mengalami kegagalan dari semasa ke semasa. Perbezaan antara individu yang sukses dan mereka yang gagal adalah bagaimana mereka menghadapi kegagalan yang dialami. Individu sukses selalu belajar daripada kesalahan yang mereka lakukan dan tetap maju.

6. Tonjolkan kemampuan
Apakah anda menunggu sampai seseorang itu melihat bakat dan kemampuan anda? Mungkin sudah tiba waktunya untuk memperlihatkan kemampuan anda kepada majikan. Profesional yang berjaya tahu cara memperlihatkan keberhasilan mereka tanpa perasaan sombong.

7. Memiliki jaringan yang kuat
Individu yang sukses memahami dengan baiknya kepentingan jaringan, baik di dalam mahupun di luar pejabat. Anda perlu bersikap proaktif untuk mengembangkan hubungan professional. Bergabunglah dengan pertubuhan professional. Kembangkan jaringan professional demi masa depan anda.

8.Tidak terikat pada latar belakang pendidikan
Apabila anda merasakan bahawa pekerjaan yang anda lakukan tidak sesuai dengan latar belakang pendidikan, maka anda akan mempamerkan prestasi yang buruk. Mungkin pekerjaan yang anda lakukan tidak terlalu sesuai bagi anda tetapi seorang yang Berjaya tetap melakukan tugas yang diamanahkan dengan baik.

9.Menganggap setiap orang penting
Apabila anda ingin bersikap agresif, anda perlu bersikap baik dengan rakan sekerja dan orang di sekeliling. Anda keliru jika menganggap tidak perlu menjalin hubungan baik dengan setiausaha atasan. Bersikap sopan dan ramah terhadap orang di sekeliling anda. Ia mungkin menjamin masa depan anda kelak.

10.Tidak terikat pada waktu bekerja
Anda bertanggungjawab atas nasib anda, maka sudah menjadi kewajipan untuk terus mencari jalan dalam memperbaiki profesionalisme anda. Bersikap sukarela dalam melakukan tugasan tambahan, berminat untuk mempelajari sesuatu yang baru dan bersedia pulang lewat untuk membantu sesama rakan sekerja. Pekerja yang sukses tidak hanya bekerja pada waktu kerja tetapi juga bersedia pada sebarang masa.

Warkah Untuk Guru


Bagaikan tukang masak
Guru kau gigih akal
Memilih sayur mayor yang terpilih
Digaulkan dengan gizi
Dan rempah ratus pengalaman
Menghasilkan hidangan kedewasaan
Buat anak cucu warisan
Zaman berzaman

Bagaikan tukang jahit
Guru kau tabah sabar
Menunaikan jejarum ilmu
Bertemankan bebenang rona
Mencantum helai demi helai kain
Menjadi busana kebahagiaan
Anak-anak warisan
Nusa dan bangsa

Bagaikan tukang rumah
Guru kau sabar mengetam papan akhlak
Mendirikan tiang moral
Membentuk kamar, jendela dan pintu
Rumah keharmonian
Insan anak-anak didik dan kalut
Dalam riak gelombang kehidupan
Guru kaulah bahtera gagah
Mengharungi lautan berliku

Ke pelabuhan bahagia
Dalam pusar pawana rebut yang
mengganas di gurun pasir kehidupan
Guruku kaulah kalifah tabah
Milik jati diri adunan cipta terpuji
Memandu aku
Musafir sesat serba daif
Ke buana celik insaf
Menuju alaf baru
Era Koridor Raya Multimedia

Dalam kegelapan
Guru kau sebutir bintang
Berkelipan
Di cakerawala hidupkan
Jejalur nur suci kristalmu
Menerangi buana ilmuku
Waktu demi waktu
Selagi hayat dikandung badan
Dirgahayu, guruku
Jasa baktimu lambang mekar
mewangi di taman kehidupan
Zaman berzaman

Khamis, 7 Julai 2011

Aktiviti Pertama Bulan Julai SK Tunku Bendahara - Larian 1 Murid 1 Sukan

Acara bermula serentak di seluruh negara pada 02 Julai 2011


Acara dimulai dengan bacaan doa.





Panaskan badan dulu sebelum berlari.
Jom aerobik sama-sama





Kibarkan Jalur Gemilang





Walaupun penat tapi bersemangat





Guru-guru yang sporting





Wajah-wajah keletihan