Jumaat, 15 Julai 2011

10 Sikap Positif Mencapai Kejayaan


1.Lakukan yang terbaik
Apa pun pekerjaan harus dilakukan dengan baik. Anda tidak akan tahu waktu anda diperhatikan atau dinilai oleh atasan. Apabila anda terbiasa melakukan pekerjaan dengan baik dan benar, maka anda tidak akan sukar untuk menerima tanggungjawab yang lebih besar. Jangan lupa, apa pun yang anda lakukan, pasti diperhatikan oleh atasan.

2.Jangan berhenti mencari peluang
Profesional yang sukses sering mencari kesempatan untuk terus maju dan berkembang. Pasang mata, buka telinga dan tanamkan wawasan untuk berhadapan kesempatan baru. Anda tidak pernah tahu bila akan mendapatkan sesuatu yang dapat mengubah karier anda menjadi lebih cemerlang.

3.Jangan menunggu
Apabila anda menghabiskan waktu hanya untuk menunggu berlakunya keajaiban, maka anda akan menunggu dalam tempoh yang lama, malah barangkali sia-sia. Seseorang yang sukses, sering melakukan sesuatu secara baik dan tepat untuk mewujudkan keinginannya. Sebaliknya anda bergerak dan melakukan sesuatu; mencari cara yang tepat dan jangan hanya menunggu. Anda pasti menemui hasilnya dan berhak untuk mengapai impian.

4.Fikirkan boleh
Apa sahaja boleh berlaku. Anda mungkin tidak pernah bermimpikan untuk menjadi seorang pengarah. Jika demikian, maka anda memang tidak akan pernah memegang jawatan tersebut. Ingat jika anda fikir tidak boleh, maka anda tidak akan pernah boleh. Namun bila anda berfikir boleh melakukan, pasti anda boleh.

5.Kegagalan merupakan kunci kejayaan
Setiap orang pasti pernah mengalami kegagalan dari semasa ke semasa. Perbezaan antara individu yang sukses dan mereka yang gagal adalah bagaimana mereka menghadapi kegagalan yang dialami. Individu sukses selalu belajar daripada kesalahan yang mereka lakukan dan tetap maju.

6. Tonjolkan kemampuan
Apakah anda menunggu sampai seseorang itu melihat bakat dan kemampuan anda? Mungkin sudah tiba waktunya untuk memperlihatkan kemampuan anda kepada majikan. Profesional yang berjaya tahu cara memperlihatkan keberhasilan mereka tanpa perasaan sombong.

7. Memiliki jaringan yang kuat
Individu yang sukses memahami dengan baiknya kepentingan jaringan, baik di dalam mahupun di luar pejabat. Anda perlu bersikap proaktif untuk mengembangkan hubungan professional. Bergabunglah dengan pertubuhan professional. Kembangkan jaringan professional demi masa depan anda.

8.Tidak terikat pada latar belakang pendidikan
Apabila anda merasakan bahawa pekerjaan yang anda lakukan tidak sesuai dengan latar belakang pendidikan, maka anda akan mempamerkan prestasi yang buruk. Mungkin pekerjaan yang anda lakukan tidak terlalu sesuai bagi anda tetapi seorang yang Berjaya tetap melakukan tugas yang diamanahkan dengan baik.

9.Menganggap setiap orang penting
Apabila anda ingin bersikap agresif, anda perlu bersikap baik dengan rakan sekerja dan orang di sekeliling. Anda keliru jika menganggap tidak perlu menjalin hubungan baik dengan setiausaha atasan. Bersikap sopan dan ramah terhadap orang di sekeliling anda. Ia mungkin menjamin masa depan anda kelak.

10.Tidak terikat pada waktu bekerja
Anda bertanggungjawab atas nasib anda, maka sudah menjadi kewajipan untuk terus mencari jalan dalam memperbaiki profesionalisme anda. Bersikap sukarela dalam melakukan tugasan tambahan, berminat untuk mempelajari sesuatu yang baru dan bersedia pulang lewat untuk membantu sesama rakan sekerja. Pekerja yang sukses tidak hanya bekerja pada waktu kerja tetapi juga bersedia pada sebarang masa.

5 ulasan:

  1. Bersikap positif dalam semua perkara adalah kunci kepada kejayaan kita. Artikel yang cikgu paparkan menarik sekali untuk direnungi dan dilaksanakan bersama.

    BalasPadam
  2. Betul tu cikgu Amri...kalaulah kita dapat melaksanakan semua sikap positif ini, insyaAllah
    kitalah insan terbaik di dunia ini.

    BalasPadam
  3. tiba2 bsemangat plak sya nih. nk cpai kjayaan lh kata kn. hehe..

    BalasPadam
  4. sikap positif perlu dipupuk agar menjadi insan yang berilmu dan berakhlak mulia

    BalasPadam
  5. blog yang bagus.teruskan usaha anda

    BalasPadam