Sabtu, 18 Jun 2011

ICT dalam Pendidikan: Prospek dan Cabaran dalam Pembaharuan Pedagogi

Sila layari web ini untuk membaca artikel sepenuhnya.




Sinopsis

Dalam era globalisasi yang berpaksikan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi ( dan penguasaan sistem mengajar dan belajar di bilik-bilik darjah yang mana pendekatan konstruktivisme adalah digalakkan kerana ia dapat memupuk minat serta menggalakkan pelajar lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran di samping menerapkan amalan pembelajaran sepanjang hayat. Satu kajian kuasi eksperimen telah dilakukan untuk melihat kesan pencapaian ke atas pembelajaran subjek komputer yang diajar dengan kaedah perantis (pendekatan konstruktivisme) berbanding dengan kaedah tradisional (pendekatan tingkah laku). Bagi kaedah tradisional penerangan langkah demi langkah diberikan manakala bagi kaedah perantis, guru memberikan panduan ke arah menggalak dan memudahcarakan menyelesaikan masalah iaitu membina laman web secara bekerja dalam kumpulan.Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan ke atas pencapaian pelajar yang diajar dengan dua kaedah ini. Hasil tugasan pelajar yang diajar dengan kaedah perantis adalah lebih baik dari sudut reka bentuk, susun atur, pilihan warna serta semua pautannya berfungsi. Justeru, penyelidik mengesyorkan agar perubahan dibuat dalam sistem pedagogi agar konsisten dengan teori pembelajaran konstruktivisme dan diterapkan semasa latihan perguruan lagi. Penyelidikan yang menyeluruh dan berterusan juga perlu dibuat terhadap keberkesanan pendekatan konstruktivisme agar kesan pembudayaan muda berlaku secara berkesan dan berpanjangan ICT), pembangunan pendidikan mementingkan pembudayaanICT di kalangan pelajar. Perubahan harus berlaku dalam ICT di kalangan generasi muda berlaku secara berkesan dan berpanjangan.

Ahad, 5 Jun 2011

Alhamdulillah...

Alhamdulillah terhasil juga blog saya. Jom saya kongsikan ilmu macam mana nak bina blog ni.

Cara Bina Blog
Langkah 1 :
Untuk membina blog dalam blogger, pergi ke alamat berikut http://www.blogger.com.
Klik Get Started



Langkah 2 : Sila masukkan semua maklumat yang diminta, kemudian klik Continue.



Langkah 3: Masukkan Blog Title dan alamat blog (URL) yang dipilih sendiri. Kemudian Klik Continue.



Langkah 4: Pilih template yang mana disukai, kemudian klik Continue. (Template ini boleh diubah bila-bila masa lepas ni)



Langkah 5: Your blog has been created! Anda telah Berjaya.. 
Klik START BLOGGING sekarang untuk memulakan blog anda.